Sejarah Landasan Keretapi Maut - Antara Hidup & Mati


Ini kisah pilu ... kisah tentang landasan keretapi maut yang dibina semasa pendudukan Jepun di Malaya. Mungkin ramai antara kita yang sudah tahu kisahnya jadi apa yang saya paparkan di sini hanyalah cuma mengimbas kembali apa yang telah terjadi. Semoga bermanfaat.

Sepertimana yang diketahui, sepanjang tempoh pembinaan landasan ini, tiada yang lebih sukar melainkan kesengsaraan, keperitan dan penderitaan yang tiada penghujungnya. Tiada yang lebih berharga daripada nyawa melainkan membilang hari menanti ajal. Itulah yang boleh diibaratkan kepada buruh-buruh paksa tersebut.

Mengikut catatan sejarah, selepas selesai penaklukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura pada Februari 1942, negara matahari terbit itu mula merencanakan pembinaan landasan keretapi sejauh 415 kilometer yang merangkumi 60 stesen dari Thailand ke Burma bagi meluaskan penaklukan rantau itu sehingga ke India.

Seramai 68,000 tahanan perang British, Australia, Amerika, New Zealand dan Belanda manakala 200,000 lagi buruh paksa India, China dan Melayu terlibat dalam pembinaan landasan maut itu. Sepanjang tempoh tiga tahun pembinaannya, seramai 16,000 tawanan perang maut dan lebih 100,000 buruh dari Asia itu dilaporkan meninggal dunia atau hilang. Sepanjang tempoh 1942 hingga 1946, sebanyak 72,000 rakyat negara ini menjadi buruh paksa, namun hanya kira-kira 30,000 orang sahaja selamat pulang.

Seterusnya, antara negara-negara Asia yang terlibat adalah datang dari Burma, Jawa, dan Tanah Melayu. Kemudian, pada tahun 1942, Perang Dunia II telah berlaku dan kejatuhan Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia. Kemudian pada tahun 1942, Perang Dunia II telah berlaku dan kejatuhan Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia.

Oleh yang demikian, tahanan perang digunakan oleh pihak Jepun bagi merealisasikan impian mereka dalam mencapai kejayaan semasa zaman peperangan tersebut. Tenaga dan kudrat telah dikerah sepenuhnya siang dan malam.

Kebanyakan tahanan yang meninggal dunia disebabkan berbagai penyakit antara lain seperti taun, malaria, beri-beri dan keletihan. Hukuman fizikal bagi mereka yang dinilai kerana lalai dalam kerja atau melakukan kesalahan diperlakukan dengan sangat kejam dan sebagai hukuman mereka yang sakit dan tidak dapat bekerja tidak akan diberi makanan.

Sekitar tahun 1942-1943, kebanyakan tahanan perang terpaksa membina landasan keretapi ini hidup dalam keadaan yang dahsyat. Tahanan bekerja di bawah kudrat yang melampau. Keadaan kerja yang begitu teruk di samping menerima seksaan dari pihak Jepun.

Saya ada menonton dokumentari mengenai kisah ini, menurut buruh yang pernah bekerja di sini suatu hari mereka di pelawa oleh penghulu kampung mereka untuk bekerja di Thailand. Mereka dijanjikan dengan kehidupan yang lebih baik di sana, setelah menempuhi perjalanan keretapi selama berhari-hari mereka terkejut kerana akhirnya mereka di tempatkan di tapak pembinaan untuk menjadi buruh. Saksi ini (seorang pakcik tua) yang berasal dari mukim Buloh Kasap, Segamat Johor menceritakan sendiri tentang peristiwa ini di mana di kampungnya seramai 24 orang anak muda termasuk dirinya telah terpikat untuk menerima tawaran kerja tersebut kerana mereka sebenarnya tidak mengetahui. Namun pada setelah projek ini siap mereka yang dapat kembali dengan selamat adalah cuma 4 orang.

Diceritakan dalam sehari lebih terdapat hampir 30 orang yang terkorban dan yang kejamnya lagi mayat mereka dikuburkan dalam satu lubang yang besar berhampiran dengan landasan itu juga (kalau nak cerita soal mistik memang sampai esok pun artikel ni tak siap)

Alatan yang digunakan untuk menggali tanah dan batu pada kedalaman 20 meter dengan hanya peralatan yang terhad. Mereka menggunakan tukul seberat 8 paun, batang paip keluli, bahan letupan dan penyodok. Sebahagian besar bahan buangan telah dikeluarkan oleh tangan yang menggunakan bakul rotan dan guni beras yang digantung antara dua tiang.

Kemungkinan rekod kematian sebenar yang dicatatkan adalah lebih tinggi daripada apa yang direkodkan. Tekanan dari pihak Tokyo memaksa tentera-tentera Jepun memaksa ribuan buruh untuk mempercepatkan kerja-kerja pembinaan landasan. Tenaga manusia dikerah tidak henti-henti.

Namun pada hari ini kerajaan Burma telah mengambil inisiatif untuk memelihara aset sejarah ini dan dijadikan tempat pelancongan. Di Thailand, segerombolan pelancong asing dilihat berduyun-duyun ke landasan dan jambatan yang masih beroperasi. Ia juga sama seperti yang digambarkan dalam filem The Bridge Over the River Kwai.

Kanchanaburi merupakan salah satu setesen landasan ini yang terletak kira-kira tiga jam dari Bangkok dan terkenal sebagai destinasi pelancongan di negara tersebut. Menurut pegawai pelancongan Thailand, negara itu memperoleh pendapatan sebanyak 2.4 juta bath pada tahun lalu hasil pelancongan di Kanchanaburi.

Selepas perang tamat pada tahun 1945, landasan tersebut menjadi hutan belantara dan dititinggalkan begitu sahaja. Ada juga pendapat yang menyatakan setelah perang kerajaan Jepun telah membayar pampasan sebanyak RM207 bilion pada kerajaan Malaysia pada tahun 1990-an. Wang itu diberi kepada kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun tidak terlibat secara langsung dalam pengagihannya. Namun lanjutan dari hal ini tidaklah saya ketahui.

Sekian.

Sumber :  Page VAT 69 - Perjuangan Semalam