BUNGA BANGSA - LT KOL AHMAD ABD RASHID


"Selepas menamatkan persekolahannya di peringkat Senior Cambridge dengan Pangkat Dua, beliau memohon untuk menjadi seorang Pegawai Tentera pada 28 Julai 1967. Beliau ditauliahkan sebagai seorang Pegawai Tauliah Jangka Pendek pada 28 Februari 1968 dan ditugaskan menjadi Ketua Platun di Batalion Ke-5 Rejimen Askar Melayu Diraja. Beliau kemudiannya bertukar ke-13 RAMD sebelum menjadi Ketua Terup MSSR selepas berjaya memperoleh beret hijau setelah berjaya mengikuti Latihan Asas Komando. Pada 2 Oktober 1974 Kapt. Ahmad dipilih mengetuai Pasukan Khas Perisikan Tempur (PKPT) yang baharu diwujudkan ketika itu. Beliau merupakan pemerintah pertama PKPT.

Satu kajian dibuat oleh Jawatankuasa Perancangan Gerakan Negeri Pahang bagi memusnahkan kesemua pengganas komunis dan anasir bawah tanah yang menyokong pengganas di sekitar kawasan Karak, Sungai Dua dan Telemong, Pahang. Untuk tujuan tersebut, satu rancangan gerakan tempur secara besar- besaran serentak dengan tindakan dari Cawangan Khas Polis dan pihak awam bagi menangkap para penyokong pengganas komunis di kawasan berkenaan dilancarkan. Pihak Cawangan Khas yang telah berjaya menyusupi organisasi pengganas berjaya menentukan pengganas komunis yang bertapak di kawasan pendalaman Batu Lintang GR VE 863118 memperoleh bekalan makanan basah dan kering daripada penyokong mereka di bandar Karak. Beberapa tempat mengambil barang makanan telah ditetapkan di sekitar ladang getah kawasan terbabit.

Pada 29 November 1974, pihak Cawangan Khas memaklumkan bahawa sejumlah bekalan makanan basah akan diletakkan di GR VE 896137 berhampiran Sungai Relok. Barang-barang tersebut di jangka akan diambil oleh pengganas pada 30 November 1974. Menurut Mej. Basri bin Din, beliau bersama-sama enam orang anggota diarah melaksanakan satu tugas khas menyerang hendap pengganas yang bakal datang mengambil sesuatu di satu “Dead Letter Box" (DLB) pengganas sebelum mereka berternu dengan satu kumpulan lagi di suatu lokasi lain. Perintah untuk operasi khas ini telah disampaikan oleh Pegawai Memerintah 5 Renjer, Lt. Kol. Harchan Singh yang ketika itu sedang memimpin batalionnya melaksanakan Operasi Indera di kawasan Bentong-Raub, dengan berpakaian awam dari Bentong dan dimasukkan ke satu kawasan di Karak pada jam 12 tengah malam dengan misi untuk menangkap pengganas hidup-hidup. Walau bagaimanapun, pengganas tidak datang ke DLB yang bakal diserang hendap itu dan mereka telah dikeluarkan pada keesokan paginya.

Satu kumpulan PKPT mengandungi 11 orang anggota diketuai oleh Kapt. Ahmad telah diaturgerakkan ke kawasan terbabit dari Kem Bentong pada jam 2.30 pagi 30 November 1974 untuk membuat serang hendap. Antara anggota yang terlibat adalah:

928133 Sjn. Muit. bin Ahmad
15889 KpI. Adnan bin Mat Ukud
14694 Kpl. Md. Ghazali bin Abd. Harnid
302381 L/Kpl Marjo bin Santariff
19533 Kpl. Sulaiman bin Bawuk
22898 L/KpI. Sarnsuri bin Osman
302204 L/Kpl. Kasmo bin Hi. Mohd Nor
208464 L/Kpl. Jah bin Mat
302177 Tpr. Kamarul Ariffin bin Mat Johan
208667 Tpr. Mohd Zaharuddin bin Ismail
650192 Tpr. Abdul Kadir bin Mahamudin

Kumpulan PKPT sampai ke kedudukan serang hendap pada jam 3.30 pagi clan terus ditempatkan di kedudukan masing-masing oleh ketua kumpulan. Lebih kurang jam 10.00 pagi seorang awam masuk ke kawasan serang hendap. Beliau kelihatan membawa satu bungkusan itu dan meletakkannya di bawah sebatang pokok kecil lalu dengan tergesa-gesa meninggalkan tempat tersebut.

Pada jam 7.30 malam, satu lembaga manusia kelihatan merapati tempat bungkusan itu diletakkan. Pada mulanya ia bergerak dengan menggunakan lampu suluh. Apabila menghampiri tempat bungkusan itu diletakkan, beliau memadamkan lampu suluhnya. Dua anggota PKPT yang menggunakan M10 Ingrain lengkap dengan silencer melepaskan tembakan dari jarak dekat ke arah lembaga manusia yang sedang merapati bungkusan makanan. Dalam kegelapan malam Kapt. Ahmad mara ke arah lembaga yang ditembak tetapi beliau tidak menjumpai apa-apa selain beberapa titisan darah. "Awak pergi ikut titisan darah ini dengan lampu suluh," Kapt. Ahmad memerintahkan saya, cerita Sjn Samsuri. "Tersentak saya buat seketika apabila mendengarkan perintah berkenaan. Tergambar dalam pemikiran saya bahawa saya akan menjadi sasaran tembakan pengganas dari hadapan kerana bergerak dengan menggunakan lampu suluh. Ingatan ngeri tersebut tidak terus saya layani dan saya dengan serta merta terus bergerak dengan lampu suluh menuruti titisan darah pengganas yang saya yakin tercedera parah. Setelah menuruti kesan darah buat beberapa ketika, saya sampai di tepi jalan. Anjing kedengaran menyalak dari rumah yang terletak tidak jauh di hadapan kami. Kapt. Ahmad mengarahkan saya berhenti membuat penjejakan dan kami diarahkannya berkumpul semula".

Ketua kumpulan, Kapt. Ahmad mengarahkan anggotanya bergerak ke satu Tokong Cina di GR VE 887138. Tempat berkenaan dipercayai digunakan oleh pengganas sebagai tempat pertemuan mereka. Tokong tersebut letaknya kira-kira 350 ela dari kedudukan serang hendap. Selepas lima minit berada di situ ketua kumpulan PKPT membuat isyarat seperti bunyi burung sebagaimana yang dilakukan oleh pengganas. Sejurus kemudian muncul satu lembaga manusia dari celahan pokok untuk mara ke hadapan. Pengganas mungkin menyangka isyarat yang didengarnya itu datangnya daripada rakannya dan dengan sebab itu beliau keluar dari tempat persembunyiannya. "Siapa itu?" Kapt. Ahmad mencabar lembaga manusia berkenaan. Lembaga tersebut cuba melarikan diri tetapi tidak sempat melangkah lebih jauh kerana telah dimamahi peluru anggota PKPT yang bersedia menamatkan riwayatnya.

Penggeledahan sejauh lebih kurang 200 ela kehadapan dari tempat kejadian terus dilakukan oleh anggota PKPT sebelum berpatah semula membuat penyiasata ke atas pengganas yang telah dibunuh. Pengganas tersebut dikenali sebagai CT 100. Dia merupakan seorang pengganas wanita berasal dari Karak dan pernah mengikuti latihan Pengganas di 12 Rejimen MNLA. Dia menyusup ke negeri Pahang bersama-sama pasukan Pengempur ke-6 pada bulan Oktober/November 1973 dan dipercayai telah berada di Karak sejak bulan Jun 1974. Sepucuk pistol Browning 9 mm, nombor pendaftaran T365332 dengan sarung buatan sendiri dan 11 butir peluru, peralatan peribadi, pakaian, ubat-ubatan serta peralatan memasak adalah antara barang-barang yang berjaya diperoleh daripada pengganas yang terbunuh.

Tindakan menyerbu kedudukan musuh dengan serta-merta sejurus selepas anggota melepaskan tembakan dalam kegelapan malam yang pekat ke arah pengganas yang belum diketahui sama ada hidup atau mati, tercedera atau sedang menyembunyikan diri serta sedang bersedia untuk bertindak merupakan perbuatan berisiko tinggi. Tindakan tersebut jelas melambangkan satu tindakan berani dan membelakangkan kepentingan serta keselamatan diri. Memerintahkan anggotanya membuat serang hendap ke satu lokasi lain dengan serta-merta setelah gagal mendapatkan musuh dalam serang hendap pertamanya juga melambangkan betapa dedikasi dan jitunya semangat beliau sebagai seorang pemimpin. Kapt. Ahmad ketika mengetuai kumpulan PKPT di Bentong dalam dua pertempuran kemudiannya berjaya membunuh empat orang pengganas. Di Kampung Karak Setia dalam Operasi Indera Empat pada 9 Disember 1974 be¬liau berjaya membunuh dua pengganas. Pengganas yang dibunuh adalah CT 101 (WL 2071) seorang anggota Pasukan Pengempur ke-6 dari selatan Thailand dan CT 102 yang berasal dari Kluang, Johor. CT 102 mempunyai alamat terakhir di Jinjang, Kuala Lumpur. Beliau dipercayai mula masuk ke hutan bersama-sama tiga lagi rakannya pada bulan Jun 1974. Dalam Op Murai di kawasan Sungai Chetang pada 6 Ogos 1976 beliau dan kumpulannya berjaya membunuh dua lagi pengganas. Dalam Op Fitrah pada 18 Oktober 1976 di kawasan Estate Sungai Tawar, Baling, Kapt.Ahmad dan kumpulannya berjaya membunuh DCM 103 dan CT 104 serta mencederakan CT 105. Dengan sifat keberanian, kepimpinannya yang dinamik dan kesediaannya untuk berkorban apa sahaja demi agama, bangsa dan tanah airnya, maka D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah menganugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (P.G.B.) kepada beliau pada 4 Jun 1975.

Beliau mendirikan rumahtangga pada 19 Januari 1981 dengan Puan Aishah Looi bte Abdullah. Pada 1 Julai 1984, beliau dinaikkan ke pangkat Leftnan Kolonel dan menjadi Pegawai Memerintah Kedua Pasukan Ke-22 RGKM yang berpangkalan di Kuala Kubu Baru. Ajal dan maut di tangan Tuhan. Walaupun Lt. Kol. Ahmad sepanjang kerjayanya telah terlibat dalam operasi nekad dan pertempuran ngeri, namun ajalnya belum sampai dan beliau terselamat daripada diragut maut oleh tindakan pengganas. Lt. Kol. Ahmad meninggal dunia ¬akibat kemalangan jalan raya di Batu 224 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Serendah, Selangor. Tragedi malang yang menimpa Pahlawan Negara itu berlaku pada jam 3.15 pagi 8 Disember 1985 ketika beliau dalam perjalanan pulang, ke pasukannya selepas bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka. Kereta Turus yang dinaikinya terlibat dalam satu pelanggaran dengan sebuah lori"

..=WRA=

Gambar Kanan : Serah menyerah tugas CO 22 Para Kdo antara Mej Ab Rahim Saad (Memangku CO) kpd Lt Kol Linus Lunsong anak Janti. Mej Rahim memangku tugas CO setelah Lt Kol Ahmad Abd Rashid PGB, meninggal dlm kemalangan ngeri staff car dgn lori kargo dPekan Serendah, Sgor tahun 1985...kredit to tn Arafie Kadir.