ANTARA KES ROMPAKAN TERBESAR NEGARA (3).

Setelah begitu lama memburu Geng Mamak akhirnya pihak polis dapat mengesan salah seorang suspek yang di kehendaki. Ini merupakan berita yang ditunggu-tunggu oleh pasukan Amidon. Dia tanpa berlegah lagi terus mengesan kenderaan ini dan mengejarnya, Buat pertama kali setelah berbulan-bulan polis telah menemui ahli geng paling ganas.

Amidon berjaya berada dibelakang kereta suspek, namun salah seorang daripada mereka terpandang Amidon melalui cermin belakang. Seperti merasakan sesuatu yang tidak kena dia dengan pantas memecut laju kenderaan tersebut. Kelebihan mereka adalah kerana menggunakan kereta berkuasa tinggi. Kenderaan Amidon tertinggal di belakang, jelas sekali kenderaan Amigon tidak setanding dengan kereta yang digunakan Geng Mamak. Ketika mereka memecut laju, salah seorang dari mereka dengan sinis sempat melambaikan tangan kepada Amidon seolah-olah mengejek dan mempersendakan mereka. Sekali lagi, pihak polis gagal menangkap mereka. Ini merupakan tragedi yang malang dalam edisi penyamaran polis, yang lebih terkesan identiti Amidon terdedah.

Geng Mamak masih lagi berada terkehadapan dari pasukan polis. Penyiasatan pihak polis kini berada dalam krisis. Pihak polis terpaksa mempergiatkan lagi pencarian dan sentiasa berfikir bagaimana Geng Mamak sentiasa selangkah kehadapan. Seolah-olah mereka tahu gerak geri pihak polis.

Setelah beberapa bulan berlalu, Geng Mamak yang bertanggungjawab terhadap rompakan terbesar negara masih lagi terlepas bebas. 300 kilogram jongkong emas masih belum dijumpai dan pasukan polis Malaysia berada dalam tekanan.

Semasa siasatan dilakukan, pasukan petugas mendapati bahawa identiti ketua mereka Amidon Anan telah terbongkar. Bagi Amidon Anan, dia tidak mengambil peduli perkara tersebut, baginya yang penting satu lagi maklumat penting telah dikatahui iaitu kumpulan tersebut mengunakan kereta berkuasa tinggi. Oleh itu mereka dapat melepaskan diri dengan pantas. Namun seberapa lama mereka boleh melepaskan diri ?

Geng Mamak sentiasa berada dihadapan pasukan polis. Oleh itu pihak polis sentiasa memikirkan strategi baru bagi menangani sitiuasi yang tidak seimbang ini. Azizan Anan menyedari perkara ini, pasukannya akan sentiasa ketinggalan jika masih mengunakan cara lama. Mana-mana anggota yang identiti mereka telah terdedah, terpaksa ditarik keluar dari menyiasat kes ini buat sementara dan digantikan dengan pegawai atau anggota baru.
Perancangan mereka kali ini nampaknya berjaya, salah satu unit mereka ternampak Rozlan Abu Bakar , antara orang terpenting dalam Geng Mamak. Selepas beberapa lama mengintip akhirnya Rozlan berjaya ditangkap oleh pihak polis. Penangkapan Rozlan merupakan kejayaan terbesar pasukan mereka. Rozlan disoal siasat oleh Amidon dan Azizan Anan. Hasil daripada soal siasat dan pendedahan Rozlan, Mohd Yusof pula dapat ditangkap ketika bersembunyi di Melaka.

Melalui Yusof, adik kedua dari tiga beradik dalam tahanan mereka, segalanya aktiviti Geng Mamak mula terungkai satu persatu. Kemudian para penyiasat mula memahami cara mereka mengelak sekatan jalan dan setiap cara polis cuba mengesan mereka selepas jenayah itu. Kerana maklumat berkuasa untuk mereka dan mereka menggunakan maklumat secara elektronik. Kini Polis mempunyai dua orang ketua Geng Mamak dalam tahanan dan mereka berharap ahli Geng Mamak selebihnya akan diberkas.

Dalam tempoh sebulan setengah ke dua bulan pihak polis telah berjaya menangkap ahli kumpulan ini seramai dalam lebih kurang 20 orang. Tidak termasuk Sharif, anak sulung adik-beradik Abu Bakar kelihatan sebagai ketua geng dan paling sukar ditangkap.

Apabila dikumpulkan suspek-suspek yang lain, mereka dapati kebanyakan diantara mereka adalah sepupu kepada tiga adik-beradik itu. Polis juga menemui empat jongkong emas yang telah diproses. Tapi apa yang mereka risaukan adalah nombor siri dicairkan.

Mereka seolah-olah bermegah-megah ketika di soal siasat oleh polis, mereka kelihatan megah mendedahkan maklumat organisasi mereka. Mereka sanggup memberi maklumat cara mereka beroperasi. Rozlan mendedahkan dia telah melakukan semua penyamaran. Yusof seorang yang pendiam dan akan mengikut semua arahan yang dirancang oleh abangnya. Selain dari cara mereka bekerja, para penyiasat juga mengetahui cara permainan mereka.

Mereka bukanlah penjenayah sebarangan, selekeh atau tidak terurus. Mereka sering memakai sut berjenama, memandu kereta mewah dan mereka merupakan adik-beradik yang terkenal dalam dunia jenayah Malaysia. Mempunyai gaya tersendiri yang biasanya tidak ada dalam kalangan penjenayah yang selalunya tidak mudah dilihat. Mereka bergerak dengan segak dan bijak.

Cara mereka bercakap dan cara mereka bertindak cukup bijak. Mereka tidak akan mendedahkan semuanya termasuk wang yang mereka ada untuk menampung gaya hidup mereka. Jelas sekali mereka suka mempamirkan dan bermegah dengan kejayaan mereka. Memulakan kerjaya dengan mencuri kelapa di Kuala Kangsar kini mereka telah terkenal sebagai perompak profesional yang kaya raya. Mereka mahukan kehidupan yang mewah, kenderaan yag mewah dan tidur di hotel mewah.

Bagi mengekalkan kemewahan mereka, adik beradik tersebut memerlukan tugas yang lebih besar. Ketagihan mereka terhadap hidup yang mewah memberi mereka inspirasi untuk melakukan rompakan terhebat dalam sejarah Malaysia. Mereka mahu nama mereka tertinta sebagai "legenda".
Bersama Yusof dan Rozlan, pihak polis menumpukan perhatian menyelesaikan kes rompakan emas bernilai tiga setengah juta dolar. Pihak polis masih lagi tidak dapat menguraikan persoalan-persoalan penting dalam kes rompakan itu. Walaupun telah mencuba dari setiap sudut untuk menjumpai semula jongkong emas itu, namun ianya sudah terlambat. Menurut seorang dari mereka, mereka telah mencairkan jongkong emas sebelum menjual kepada pembeli.

Jelas sekali formula Geng Mamak adalah mudah, mereka buat kajian dan persedian sebelum merompak, serang tempat tersebut, ambil barang dan dapatkan wang. Tidak membuat sebarang kesilapan dan tiada pembaziran masa.

Para penyiasat masih lagi belum berputus asa, mereka masih ada harapan untuk menjawab teka teki yang bersimpang siur ini. Antara yang masih bebas adalah ketua Geng Mamak, Sharif Abu Bakar, dalang dan "mastermind" di sebalik rompakan emas itu.

Salah seorang dari mereka akan memainkan watak utama dalam setiap rancangan mereka. Pada hari mereka melakukan rompakan dia akan menetap di luar kawasan dan melihat apa yang dilakukan oleh dua adiknya dan sepupu-sepupunya, mereka semua akan menerima arahan dari abang sulung dari jauh.

Mereka bagaikan satu pasukan sukan dimana Sharif akan memainkan peranan pemilik pasukan. manakala pengurus pasukan adalah Rozlan, sementara Yusof pula bertindak sebagai kapten. Begitulah cara mereka beroperasi, tersusun dengan kemas. Semua ini ditemui dalam siasatan polis, sepertimana yang dilaporkan oleh media. Walaupun hampir semua tertangkap, namun tugas pihak polis belum lagi selesai. Jongkong emas yang bernilai 3.5 USD belum ditemui, Shariff juga masih belum ditangkap.

Adakah polis akan teruskan usaha memburu perompak paling licik ini atau membiarkan dia menghitung hari-harinya yang semakin malap ? Mampukah polis mendapat kembali jongkong emas yang dirompak ...??? Tunggu.....

Bersambung.....

Sumber : VAT 69