ANTARA KES ROMPAKAN TERBESAR NEGARA (Siri 2).

Setelah mengetahui identiti mereka, pihak polis mula menjejaki geng berani yang disyaki mencuri emas yang bernilai hampir tiga setengah juta USD. Geng Mamak yang licik ini diketuai oleh adik-beradik Abu Bakar. Pasukan pengintip yang berdedikasi telah dikumpulkan di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia yang diketuai oleh penyiasat terkenal, Amidon dan Azizan Anan.

Dengan teliti, Amidon dan pasukannya mula mengumpul profil Geng Mamak dan modus operandi unik mereka. Kisah jenayah luar biasa mereka muncul satu persatu.

Adik-beradik Abu Bakar membesar di Kuala Kangsar, satu pekan kecil di Malaysia. Ibu bapa mereka, campuran Sri Langka dan Malaysia merupakan usahawan kelas pertengahan yang dikatakan begitu mengawal kewangan keluarga, namun anak-anak mereka mahu sesuatu yang lebih. Pada zaman itu sememang menjadi kelaziman kepada ibu bapa untuk mengawal perbelanjaan anak-anak mereka. Mereka tidak diberi kebebasan membelanjakan wang sesuka hati.

Oleh itu apabila anak-anak berkeinginan untuk membeli sesuatu mereka tidak dapat penuhi keinginan mereka, maka jalan paling mudah ialah mencuri. Mereka mulakan dengan mencuri sesuatu yang kecil dan apabila dewasa , mereka jadikan ia satu kerjaya untuk mendapat pendapatan.

Di kampung mereka mencuri, buah rambutan, kelapa dan sebagainya. Dari situ kerjaya mereka bermula secara profesional dalam jenayah. Mereka mula mencuri dan menjadi musuh kepada orang lain. Apabila adik -beradik Abu Bakar telah dewasa, kampung halaman mereka tidak cukup besar untuk mengembangkan cita-cita besar mereka. Justeru itu mereka menuju ke bandar Malaysia yang pesat dan maju, iaitu Kuala Lumpur.

Di sana, banyak lagi hasil besar menunggu mereka. Nama Geng mereka cepat tersebar dan menjadi terkenal walaupun baru saja beroperasi di kawasan yang tidak dikenali. Mereka bermula secara kecil-kecilan pecah rumah dan kedai-kedai kecil. kegiatan mereka semakin berjaya dan hasil mereka meningkat sebanyak ratusan ribu dan akhirnya menjadi berjuta-juta. Namun kejayaan awal ini hanyalah sebagai sau latihan kepada rompakan tehebat dalam sejarah Malaysia. Amidon Anan menganggap kumpulan sebagai satu kumpulan perompak yang paling kemas dan tersusun.
Dari jenayah sebuan pertama, mereka telah menghalusi modus operandi unik, iaitu trademark Mamak. Mereka mahu memastikan bahawa orang tahu trademaek mereka. Mereka mempunyai cara tersendiri dalam memperkenalkan identiti mereka.

Mereka mahir dengan tektik penyamaran, tanpa memerlukan tindakan ganas mereka berjaya memujuk mangsa-mangsa mereka. Ini merupakan satu strategi licik. Mereka tahu, tanpa mengunakan senjata atau keganasan, undang-undang akan menyebelahi mereka apabila ditangkap. Andai berlaku pembunuhan, atau pengedaran dadah sudah tentu mereka tidak boleh diikat jamin. Sudah tentu mereka akan dipenjarakan sehingga dibicara dan ke penjara. Kesalahan yang dijamin maksudnya boleh dijamin bergantung pada jumlah di mahkamah, dan perkara ini diketahui oleh ahli Geng Mamak.
Bagi si licik seperti Abu Bakar, jaminan menawarkan peluang untuk kembali bekerja. Buat kali pertama dalam sejarah landskap jenayah di Malaysia, kita berdepan kumpulan yang merancang jenayah, bagaimana nak melepaskan diri, bagaimana nak menggunakannya sehingga jika ditangkap siapa yang akan datang menjamin? Oleh itu mereka mengasingkan wang khas untuk pekara tersebut. Ini bukanlah jenis jenayah yang biasa ditempuhi seperti zaman dulu.

Mengkaji jenis jenayah baru merupakan cabaran baru buat mereka. Namun apabila maklumat masuk ke ibu pejabat polis, organisasi Geng Mamak muncul satu persatu dan mendapat tumpuan lengkap bersama nama dan gambar. Geng itu diketuai oleh Sharif, Rozlan dan Yusof Abu Bakar. Mereka adalah sasaran utama pihak polis yang diketuai oleh Amidon. Jika dia berjaya membawa mereka ke muka pengadilan, ini bermakna geng tersebut akan terhapus dan pupus dengan sendirinya.

"Kami telah mengenal pasti mereka, tidak syak lagi. Cuma bila dan bagaimana sahaja untuk memerangkap mereka. Berdasarkan profil tersebut, pihak polis meningkatkan usaha pencarian.

Beberapa hari selepas rompakan itu, Amidon dan Azizan mencari petunjuk, menghabiskan satu demi satu petunjuk. " Saya masih ingat kami tiba di Selangor, kami belum matikan enjin dan tiba-tiba kami mendapat satu panggilan, "kamu perlu bergerak ke utara". Satu arahan agar kami ke Pulau Pinang untuk mengintip satu rumah lama. Dalam keadaan yang sangat letih setelah lebih lima hari tak mandi, apa pun maklumat tetap maklumat, ianya sangat penting'. kata Amidon.

Mereka ikut petunjuk ke kawasan sunyi di Pulau Pinang, 300 kilometer dari Kuala Lumpur. Selepas memandu selama tiga jam mereka tiba di lokasi yang disyaki berkait dengan geng rompakan emas. "Apabila kami membuat beberapa siasatan, kami percaya rumah itu rumah singgah mereka".
Pengintip bergerak perlahan dan mengintip rumah itu. "Kami lakukan pengintipan selama tiga hari. Ketika itu kami dapat rasakan bahawa itulah rumahnya. Tetapi apabila tiada siapa yang kelihatan keluar dan masuk untuk lebih tiga hari, polis tiada pilihan untuk menghentikan operasi ini. "Rumah itu digeledah dan terdapat banyak bukti seperti pembalut jongkong emas, saya dapat rasakan yang mereka tidak menyedari kehadiran kami. Mereka bernasib baik ketika itu". kata Amidon.

Beberapa bulan kemudian, polis mendapati mereka hampir menyelesaikan kes ini melalui intipan di Pulau Pinang. Namun pengumpulan petunjuk masih lagi diteruskan. Polis perlu mengaitkan Geng Mamak dengan rompakan emas. Tetapi masih ada penghalang besar.
Jongkong emas itu setiap satunya mempunyai nombor siri, dan penjenayah ini menyedarinya. Mereka mencairkan nombor-nombor siri tersebut. Apabila telah dicairkan, jongkong emas itu tidak lagi boleh dikesan.

Siasatan terus berlalu dan Geng Mamak masih lagi terbang bebas di udara. Pasukan bertugas melakukan sekatan jalan di serata negeri, tetapi tiada tanda-tanda suspek yang di cari.

Kemudian pihak polis mendapat tahu gaya serbuan baru Geng Mamak di gudang rokok. Kejadian ini berlaku selepas 3 atau 4 bulan rompakan emas di Kargo Lapang Terbang Subang. Modus operandi yang sama juga digunakan dalam rompakan ini. Dari pengamatan melalui CCTV, jelas salah seorang penjenayah tersebut memakai pakaian seragam polis. Dan itulah kesilapan besar mereka ....memakai pakaian polis.

Oleh kerana pengawal tidur, maka mereka terpaksa panjat pagar. Polis yakin inilah kumpulan mamak tersebut. Disebalik status mereka sebagai orang yang paling dikehendaki, Geng Mamak seolah-olah seperti tiada niat untuk merahsiakan aktiviti mereka. Pasukan petugas semakin tertekan untuk mendapatkan maklumat.

Namun, selepas mendung berarak, pelangi pun menjelma. Tiba-tiba pasukan polis mendapat berita baik, salah seorang dari pasukannya telah berjaya mengesan dan menjejaki seorang ahli Geng Mamak. Siapakah dia dan apakah tindakan polis selanjutnya....?
bersambung....

Sumber : VAT 69