Pada tahun 1994, disaat rakyat Malaysia sedang menyambut hari Kemerdekaan, bumi Malaysia digegarkan dengan berita yang mengejutkan, sekumpulan perompak telah berjaya melarikan emas yang bernilai lebih 3 juta USD dari gudang kargo yang mempunyai kawalan paling ketat di Malaysia. Ia satu merupakan jenayah yang luar biasa. Orang awam tergejut dengan insiden ini, bagaimana ianya boleh berlaku ditempat paling dikawal ketat ?
Polis tanpa berlengah terus melancarkan operasi pemburuan secara besar-besaran. Kes ini merupakan satu tamparan hebat kepada kredibiliti mereka sebagai anggota keselamatan. Polis sedar mereka sedang berhadapan dengan penjenayah paling licik dan bijak. Pergerakan mereka, cara mereka bercakap dan bertindak cukup bijak. Namun dengan penyiasat jenayah Malaysia yang terkenal, mereka tidak mungkin dapat lari jauh. Kisah yang dipaparkan ini merupakan satu rompakan paling berani dalam sejarah Malaysia.
Pada 31 Ogos 1994, ketika rakyat Malaysia bersedia untuk meraikan hari kemerdekaan yang ke 37, Polis Diraja Malaysia pula sibuk dengan pengurusan keselamatan untuk majlis tahunan ini yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinetnya yang lain.
Pada jam 5 pagi, satu berita mengejutkan mengganggu persiapan mereka. Pegawai Penyiasat Azizan Anan mencerita detik pada malam itu. Beliau telah dimaklumkan bahawa ada satu kejadian rompakan yang berlaku di kawasan Kargo Lapangan Terbang Antarabngsa Subang.
Kejadian ini merupakan yang pertama seumpamanya, tidak pernah berlaku pun sebelum ini kerana kawasan ini merupakan kawasan larangan yang di kawal ketat. Ia memerlukan perancangan yang cukup rapi untuk menceroboh kawasan ini. Kawsan kargo ini dikatakan tempat paling terkawal di Malaysia namun jongkong emas yang bernilai tiga setengah juta USD berjaya dilarikan.
Pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian, mereka mendapati bahawa tiga pengawal keselamatan telah ditawan dan diikat. Mereka menceritakan sesuatu yang agak aneh berkenaan peristiwa ini. Kata mereka, perompak-perompak ini adalah anggota polis.
Penolong Pegawai Penyiasat, Superintenden Amidon Anan berasa ragu-ragu dengan kenyataan mereka. Beliau mengarahkan untuk kembali melihat CCTV.
Apabila Amidon memeriksa semula rakaman CCTV, apa yang dikatakan oleh pengawal keselamatan itu ternyata benar. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena dengan pergerakan mereka. Gerak tubuh badan mereka tidak menunjukan mereka seperti anggota polis. Jelas sekali mereka bukan anggota polis. Mereka sebenarnya perompak, perompak yang paling bijak merancang.
Mereka hanya mengambil masa 20 minit untuk masuk ke kawasan itu dan membawa emas itu pergi. Paling penting mereka tahu bila untuk menyerang apabila tiada kawalan keselamtan kerana kebanyakan kakitangan lapangan terbang bercuti untuk menyambut hari kemerdekaan.
Siasatan awal polis kes rompakan ini seolah-olah dilakukan oleh penjenayah yang mahir. Polis membuat kesimpulan bahawa satu-satunya kumpulan jenyah yang bijak melakukan jenayah begitu adalah sindiket antarabangsa. Polis yakin rompakan ini bukan perbuatan rakyat tempatan.
Ketika polis sedang mencari identiti perompak emas tersebut, berita tersebar dengan pantas - satu Malaysia gempar dengan peristiwa ini. Berita ini tersebar di media masa dan televisyen, ia mendapat liputan meluas dan orang awam tergejut dan tertanya-tanya bagaimana ianya boleh terjadi ? Semua ingin jawapan yang segera. Kecurian jongkong emas yang begitu besar nilainya menjadinya satu skandal terbesar negara.
Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menyatakan perasan kesalnya, katanya, " Saya mempersoalkan tahap tanggungjawab di sini. Saya telah menekankan banyak kali akan kepentingan untuk bersikap lebih bertanggungjawab".
Kritikan pedih dan tegas dari bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir membayangkan jika pintu masuk dan keluar ke dalam negara boleh dicerobohi bagaimana pula keselamatan dalam negara ? Kenyataan ini bagaikan satu tamparan hebat kepada pasukan polis.
Terasa malu dengan kritikan Perdana Menteri, pasukan Polis Diraja Malaysia menubuhkan unit pengintip pasukan bertugas untuk menjejaki perompak emas tersebut. Siapa pun atau dimana pun mereka berada. Pasukan ini diketuai oleh anggota polis paling terkenal, adik beradik Anan, Azizan Anan dan Amidon Anan.
Dedikasi mereka terhadap kerja sering membawa mereka pergi jauh dari rumah dan keluarga. Bahkan sehingga lebih satu minggu. Bagi mereka, apa sahaja maklumat walaupun kelihatan kecil, namun bagi mereka ianya amat besar dan bermakna.
Walaupun begitu teliti mereka menjalankan siasatan, mereka masih belum menjumpai bukti yang cukup untuk menjejaki suspek tersebut. Oleh itu Azizan dan Amidon cuba memberi tumpuan terhadap geng tempatan dan mereka mula mengkaji semula kes rompakan yang dilakukan di Malaysia. Mereka dapati rompakan terancang pernah dilakukan sekitar Malaysia dengan modus operandinya sama.
Setiap kali, dalang yang menyamar sebagai pihak berkuasa sama seperti di Lapangan Terbang Subang. Hasil siasatan, ramai saksi menyatakan bahawa perompak tersebut sering memakai seragam polis. Mereka juga pernah memakai pakaian seragam jabatan pengangkutan dan juga kastam. Ini merupakan satu peralihan yang menarik dalam siasatan tersebut.
Kumpulan ini telah diburu oleh pihak polis selama bertahun-tahun, dengan terdedahnya maklumat terbaru, saat dan masanya telah tiba untuk perompak-perompak tersebut berhati-hati dengan adik beradik Anan.
Apabila Azizian mengkaji semula rekod polis dengan terperinci dengan menemu bual mangsa-mangsa rompakan lalu, profil mereka muncul. Pihak polis mengambil kesempatan terhadap maklumat tersebut. Kali ini mereka mula mengenal pasti identiti pencuri emas tersebut. Kebanyakan saksi-saksi yang disoal menyatakan wajah dan rupa mereka seperti "mamak" (India Muslim) oleh itu pihak polis mengelar mereka dengan "Geng Mamak". Geng Mamak merujuk kepada individu yang mempunyai ras rupa seperti India yang beragama Islam.
Setelah mereka mengenal pasti perompak emas, pasukan itu telah mendedahkan pekara itu kepada umum. Mereka membuat kesimpulan bahawa jenayah sebesar itu mampu dilakukan oleh satu kumpulan kecil iaitu "Geng Mamak".
Pihak polis telah mengetahui identiti geng yang bertanggungjawab ke atas rompakan emas terbesar dalam sejarah Malaysia. Namun bolehkan mereka menangkap Geng Mamak yang bijak dan amat licik ?
bersambung....
Sumber : VAT 69








