Laporan media tempatan mengatakan pengantin lelaki dan pengantin perempuan terlibat dalam membuat perjanjian untuk tidak mendedahkan perkahwinan mereka kepada kawan-kawan.
Abang kepada pengantin lelaki mengatakan pengantin perempuan telah bersetuju untuk tidak menggunakan media sosial seperti Snapchat, Instagram atau Twitter untuk memuatnaik foto perkahwinan.
"Ia termasuk dalam kontrak perkahwinan dan telah disahkan. Kakak ipar saya tidak mematuhi perjanjian dan menggunakan Snapchat untuk menunjukkan foto perkahwinan kepada kawan-kawan perempuannya," kata abang pengantin tersebut.
Beliau menambah, adiknya kemudian membuat keputusan mengejut untuk membatalkan perkahwinan dan mengisytiharkan cerai.
Sementara itu, keluarga pengantin perempuan mendakwa perjanjian tersebut tidak adil.
Keluarga pengantin lelaki bagaimanapun bertegas anak mereka mempunyai hak untuk memfailkan penceraian. -Sinarharian








