Seorang wanita terpaksa mendapatkan khidmat kaunseling apabila diceraikan suaminya beberapa hari selepas berkahwin kerana mendapati beliau tidak cantik tanpa solekan.

Lelaki 34 tahun berkenaan menceraikan isterinya yang berusia 28 tahun, kerana percaya wanita itu tidak secantik yang dilihat sebelum berkahwin dan menuduh isterinya memperdayakan beliau dengan menggunakan banyak alat solek, termasuk bulu mata palsu.

pengantin lelaki membawa isterinya ke Pantai Al Mamzar untuk berenang dan kegembiraan bertukar tragedi apabila wajah wanita itu basah dan solekannya terhapus apabila terkena air.

Lelaki berkenaan berkata, beliau tidak mengenali isterinya selepas solekan terhakis.

Pengantin perempuan dilaporkan memakai bulu mata palsu dan menjalani pembedahan kosmetik sebelum berkahwin selepas enam bulan bertunang.

Wanita berkenaan berhasrat memberitahu keadaannya yang sebenar kepada suaminya tetapi sudah terlewat. Pengantin lelaki segera menceraikan isterinya dan enggan rujuk semula;

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/204046