Bagaimanapun, Schumacher kini dimasukkan ke Hospital Universiti Lausanne, Switzerland pagi ini selepas keluar dari hospital di Perancis bagi meneruskan fasa pemulihan yang panjang.
Juara dunia tujuh kali itu berusia 45 tahun itu dirawat di hospital selepas mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala akibat nahas ski pada 29 Disember lalu. Ketika kejadian, topi keledar yang dipakai tercabut akibat rempuhan di atas kawasan batu di pusat peranginan ski Meribel, Banjaran Alps, Perancis. - AP







